NADI Kesejahteraan Kendiri-Live Webinar “Nak Turun Berat Tapi Asyik Mengidam, Kenali Punca & Cara Mengawalnya”
12 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti webinar secara live di Youtube mengenai “Nak Turun Berat Tapi Asyik Mengidam, Kenali Punca & Cara Mengawalnya”.
Melalui perkongsian di Webinar tersebut,Punca Asyik Mengidam Semasa Diet ialah Kurang kalori yang melampau: Menyekat makan secara drastik membuatkan otak menghantar isyarat kecemasan untuk mendapatkan tenaga segera (kebanyakannya makanan manis atau tinggi karbohidrat). Seterusnya,· Kekurangan nutrien tertentu: Kadangkala badan mengidam makanan manis kerana kekurangan magnesium, kromium, atau air (dehidrasi kerap disalah tafsir sebagai lapar).Tabiat psikologi: Kebiasaan mengunyah snek semasa menonton TV atau menganggap makanan sebagai "hadiah" selepas penat bekerja.
Antara Cara Mengawal & Mengatasinya ialah Jangan skip makan: Amalkan konsep suku-suku separuh bagi memastikan badan mendapat tenaga yang stabil sepanjang hari. Tingkatkan protein & serat: Protein (seperti ayam, telur, ikan) dan serat (sayur-sayuran) mengambil masa lebih lama untuk dicerna, mengekalkan rasa kenyang lebih lama.Minum air secukupnya: Apabila rasa mengidam datang, minum segelas air kosong dahulu dan tunggu 15 minit. Sering kali rasa mengidam itu akan hilang.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: